Monday 30 May 2011

Xtion Paintball Park



Apa kata kalau tahun depan kita masukan acara ini dalam kalendar aktiviti kita. Mesti best giler


Xtion Paintball Park

Tuesday 17 May 2011

Ronda-ronda cari makan - Ole - Ole Bali


 Restoran ni terletak kat Sunway Piramid. Kalau nak rasa masakan Bali boleh cuba kat sini . Harganya berpatutan  dan di jamin halal . Suasana kat restoran ini amat menenangkan . Boleh santai sambil menikmati hidangan yang enak dan layan alunan muzik lembut yang di datangkan khas dari bali



Foto di upload dai web site yang sedia ada. Tak sempat nak ambil , Lupa bawa camera.

Karrom Pusingan kedua dan separuh akhir



 Minggu lepas otai kita En. Jasvinder turun beraksi. Walau lama tak main , otai kita ni masih belum hilang sentuhannya . Dari pusingan kedua terus main sampai separuh akhir , pukul habis. Semua menang straight set 2-0. Memang handal.



Sebelah petang ada peringkat separuh akhir beregu. Team YDP kita lawan Team Khadziri. Dapat lapuran Team YDP kita menang dan masuk akhir tapi kecundang di tangan Team dari production yang di wakili oleh saudara Mazli Hamzah dan Rhaja. Maaf foto masa akhir tak dapat upload sebab tak sempat nak ambil.

Sunday 8 May 2011

VILLA DANIALLA BEACH RESORT, TOK BALI, KELANTAN, Escape to an intimate beach paradise - CariGold Forum

Mungkinkah ini lokasi percutian KSW bagi tahun hadapan ........... 
VILLA DANIALLA BEACH RESORT, TOK BALI, KELANTAN, Escape to an intimate beach paradise - CariGold Forum

Karrom Pusingan kedua

Pusingan kedua telah di adakan pada 7.5.2011


 Perlawanan antara Khadziri menentang Vijayan. Keputusan ' UPSET ' . Tewasnya penyandang juara.

SU KSW Brader Afandi bertemu dengan Shahrul QC . Kesian Fandi kena tunggu lama . Opponent lambat datang

                                                                          

Aksi tersendiri dari Rosli dan Kamal Ariffin














Separuh akhir wanita . Lily dari QC menentang Mariayee dari Production . Masing - masing siap bawak penyokong sendiri.








Perlawanan akhir wanita antara Lily dan Letchumi . Para peyokong begitu serius memerhati. 











Keputusan belum tahu lagi , kita posting lain masa